Posts

Pengenalan

Image
Tujuan blog ini adalah untuk berkongsi maklumat berkenaan burung-burung yang didapati di Malaysia. Tahukah adik-adik, terdapat lebih 800 spesies burung yang boleh dilihat di Malaysia? Banyak, kan? Ada spesies tempatan yang memang hidup di sini, dan ada spesies burung hijrah yang sekadar singgah di Malaysia dalam perjalanan ke kawasan mereka membiak atau kawasan perlindungan di musim sejuk.  Hari ini Aunty nak share sejenis burung yang sangat sering kita lihat di mana-mana, iaitu burung tekukur. Saya pasti ramai yang kenal rupa dan bunyi burung tekukur.  Nama Inggeris: Spotted dove  Nama saintifik: Spilopelia chinensis Boleh tak adik-adik teka sama ada ini adalah tekukur jantan atau betina? Sebenarnya, saya pun tak tahu, kerana tekukur jantan dan betina tidak jelas berbeza. Nanti kita lihat spesies lain yang amat ketara perbezaan antara jantan dan betina.  Jumpa lagi minggu depan!